Friday, February 19, 2016

Rendang paling simple!

Salam  n mornig u olls. Hari ni awal pagi akak nak update resepi RENDANG CILI PADI yang paling simple lah!!

Akak ni suka makan n sometimes (tapi macam selalu je..hikhik) craving sesuatu yang masak sendiri. Alhamdulillah , akak dapat talent masak dari arwah mak akak. Arwah mak akak ni suke sangat serve orang makan. Kalau masak tu , mesti orang yang makan akan puji sedap. Tapi akak x cakap lah akak masak sume sedap , tapi cukup lah sekadar sedap kat tekak akak ni hah. Sebab akak yang nak makan ye dopppp?

Ok ni die bahan2 resepi rendang ni ;

  1. AYAM   1 ekor/ separuh 
  2. BAWANG BESAR   3 biji(kalau size sederhana ambik dalam 6 biji)
  3. CILI PADI   5-6 Biji( nak hot/ extra hot leh tambah ikut tekak u olls)
  4. SERAI   2 batang
  5. HALIA   1/2 inci (jgn byk2 , takot pahit)
  6. SANTAN   rm2
  7. KERISIK   paket kecik 
  8. DAUN KUNYIT 2-3 helai
  9. ASAM KEPING  2-3 keping
  10. SERBUK KUNYIT   1 sudu kecik
  11. GARAM   ikut sesedap rasa
  12. GULA   sesedap rasa


Cara2 nak buat ;

  1. Basuh AYAM yg dah potong kecik2
  2. Blend bahan utama - bawang besar, cili padi, serai dan hali
  3. Panaskan kuali, dan masukkan bahan yang dah blend tadi.**tanpa miyak tau!
  4. Bau dah naik mcm sedap je, masukkan ayam dah bersih tadi
  5. Letak serbuk kunyit n asam keping
  6. Ayam dah msak, masukkan santan.Waktu ni dah  boleh letak garam n gula / perasa ikut sesedap tekak.
  7. Santan dah kering sikit, leh masuk kan kerisik
  8. Kacau n tungu sebati dalam 2-3 minit, boleh la masuk kan daun kunyit yg dah hiris halus2.
  9. Siap! sonang ajo.. 

Tadaaa, ini lah hasil nye and its so simple.




jalwatijamaludin.blogspot.com
Rendang ayam cili padi 


Resepi ni inspired by nenek suami akak . Die tak ajar direct , cume ada satu hari akak datang umah die n die suruh alter rendang die buat . Waktu  " tok"( panggilan nenek bagi org Kedah) nak buat rendang tu , bahan2 die tak cukup. Akak alter sikit2, then ase sodap lah pulak. Sebab sebelum ni buat , tak dpt rasa sodap mcm ni. 

Ok, mane yang teringin nak buat leh lah follow resepi ni. Kalau u olls nak edit tambah/ kurangkan, boleh je.. U olls yg nak makan, ikut kesesuaian tekak masing2. In sha Allah, akan sedap dan menjadi. Selamat mencuba n jangan lupe baca selawat & bismillah,

No comments:

Post a Comment